Yahoo Kini Umpama Kapal Yang Hampir Karam

Offline
02-19-2016, 08:03 AM,
#1
resim
resim
Yahoo kini diumpamakan seperti sebuah kapal yang hampir karam. –GAMBAR HIASAN

CALIFORNIA 18 Feb. – Teras perniagaan Internet Yahoo menghadapi penurunan trafik yang ketara secara keseluruhan dengan penggunaannya berada pada paras membimbangkan pada minggu pertama Disember tahun lalu berbanding minggu pertama Disember 2014, memetik laporan daripada data sulit yang bocor, semalam.

Menurut laman web The Information, Yahoo Mail mencatatkan 56.9 juta pengguna aktif harian iaitu penurunan sebanyak 11.5 peratus; penurunan 2.9 peratus pula bagi pengguna mudah alih kepada 24.4 juta dan penurunan sebanyak 31.6 peratus kepada 1.2 bilion jumlah penggunaan dalam minit setiap hari atau 20.8 minit bagi setiap pengguna setiap hari.

Bagi laman utama Yahoo.com pula, jumlah pengguna aktif harian turun 16.5 peratus kepada 52.6 juta; penurunan 0.8 peratus bagi pengguna mudah alih kepada 11.3 juta dan 471.3 juta minit penggunaan setiap hari atau 9 minit bagi setiap pengguna sehari yang mencatatkan penurunan 28.5 peratus.

Yahoo Search pula merekodkan penurunan pengguna aktif harian 8.8 peratus kepada 43.5 juta; pengguna mudah alih turun 10.3 peratus kepada 13.7 peratus dan jumlah penggunaan dalam minit berada pada 606.4 juta atau 14 minit bagi setiap pengguna setiap hari iaitu penurunan sebanyak 18.1 peratus.

Hanya Tumblr berada pada paras selesa dengan jumlah pengguna aktif harian meningkat 13 peratus kepada 26 juta dan pengguna mudah alih juga berkembang 30 peratus kepada 17 juta. Walau bagaimanapun, Tumblr mempunyai sebanyak 550 juta pengguna berdaftar yang menunjukkan bahawa pengguna aktifnya masih berada pada paras yang rendah.

Yahoo Weather dan Yahoo Sports masing-masing mencatatkan peningkatan pengguna aktif harian kepada 4.5 juta, meningkat 8.2 peratus dan 7.3 juta, meningkat 8.6 peratus. Data juga menunjukkan bahawa majoriti trafik tersebut datang daripada pengguna mudah alih.

Yahoo semakin tertekan dan bercadang untuk menjual semua teras perniagaan Internetnya termasuk Yahoo Mail, laman utama Yahoo.com dan Yahoo Search. 

Walau bagaimanapun, penurunan keseluruhan bagi pengguna aktif membuatkan syarikat itu sukar untuk mencari pembeli.

Yahoo masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini. – Agensi/Utusan

Possibly Related Threads...
Indonesia Sekat Laman Web Tumblr Yang Penuh Pornografi, Lgbt
101 Webside Yang Patut Tahu Dengan Kegunaan Sekali
sinarJangan mudah percaya berita yang disiar dalam internet



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 500
Yahoo Kini Umpama Kapal Yang Hampir Karam
sukawg
101034
Forum Jump: