Yasser Arafat Tidak Diracun, Menurut Pakar Perancis

Offline
03-18-2015, 07:44 AM,
#1
resim
YASSER Arafat (tengah) dikelilingi beberapa orang doktor ketika dirawat di Hospital Percy de Clamart, Perancis pada 2004. Agensi

PARIS 17 Mac – Pakar Perancis menegaskan, bekas pemimpin Pa–lestin, Yasser Arafat mati bukan kerana diracun, keputusan yang diperoleh selepas menjalankan kajian semula terhadap beberapa bahan bukti.

Pendakwa raya, Catherine Denis berkata, tidak wujud sebarang kekeliruan berhubung kematian Yasser yang sebelum ini menimbulkan banyak keraguan dan khabar angin berbentuk konspirasi.

Katanya, pakar Perancis mendapati bahawa bahan polonium-210 dan plumbum-210 yang dijumpai di dalam kubur Yasser, datang daripada alam sekitar.

Keputusan kajian semula itu, selari dengan yang dijalankan oleh pakar Perancis pada tahun 2013 serta keputusan ujian pakar dari Rusia.

Punca kematian Yasser mula menimbulkan keraguan selepas ujian biologi terhadap sampel beberapa barangan peribadi beliau yang dijalankan di Lausanne, Switzerland mendapati terdapat ‘bahan polonium yang tidak normal’, sekali gus timbul syak bahawa pemimpin itu telah diracun.

Yasser meninggal dunia pada 11 November 2004 ketika berusia 75 tahun di Hospital Percy de Clamart, berhampiran Paris, selepas mengalami masalah sakit perut.

Isteri Yasser, Suha Arafat membuat aduan di Mahkamah Nanterre pada tahun 2012 apabila mendakwa suaminya telah dibunuh sehingga membawa kepada penyiasatan terperinci berhubung aduan itu. 
– AFP

Possibly Related Threads...
Palestin Tetap Dengan Pendirian Bahawa !srael Bunuh Arafat
Kes Kematian Arafat Ditutup
Israel Tidak Akan Serah Wilayah Palestin, Kata Netanyahu
Amerika Tidak Akan Sokong Resolusi Palestin
5 Gambar Bom Zionis Israel Yang Tidak Meletup Dikumpulkan
Pakar Pemusnah Bom Gaza Terbunuh Rahed Taysir Al-hom 4 Gambar
Terkini Mcd Corp Penyumbang Israel Bukti Tidak Dapat Disangkal Lagi
Rahsia Orang Palestin Tidak Gentar Dengan Israel
Perancis Umum Bantuan Kemanusiaan Bernilai Rm47 Juta Untuk Gaza
Yasser Arafat Diracun - Profesor Francois Bochud



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 387
Yasser Arafat Tidak Diracun, Menurut Pakar Perancis
sukawg
94117
Forum Jump: