Zakar Jadi Tak Normal Lepas Ambil Suntikan

Offline
10-04-2015, 07:37 AM,
#1
resim

Kuala Lumpur: “Saya tidak sangka suntikan diambil memberi kesan tidak normal kepada kemaluan, saya ingatkan kesan sementara rupa-rupanya selepas mendapatkan nasihat pakar ternyata ia perubahan yang memudaratkan kesihatan.”

Itu kata-kata seorang lelaki dikenali Zairi, 32 yang mendapat suntikan untuk membesarkan kemaluan, namun tidak menyangka tindakan melulunya membawa padah sehingga memaksanya melakukan pembedahan.

Menurutnya, dia mendapatkan suntikan itu menerusi seorang kenalannya dengan harga sekitar RM500 dan individu itu mendakwa suntikan berkenaan akan membuatkan saiz kemaluan bertambah selain memberi kesan maksimum ketika hubungan kelamin.

“Pada peringkat awal, saya dapat merasai perubahan ketara pada kemaluan. Ia membesar dan memanjang dalam tempoh kira-kira sebulan. Ketika itu, saya rasa suntikan itu sangat berkesan.

“Namun, selepas tiga bulan, saya merasakan tidak selesa kerana alat kelamin terus mengembang. Kadangkala, ingin melakukan hubungan kelamin dengan isteri pun tidak boleh kerana sakit,” katanya kepada Metro Ahad, di sini.

Bimbang dengan perkembangan tidak normal kemaluannya, Zairi berkata, dia cuba mendapatkan pandangan pakar di sebuah hospital swasta sekitar ibu kota dan selepas melakukan pemeriksaan, doktor menyarankan untuk melakukan pembedahan.

“Saya terkejut sebaik dimaklumkan doktor, saya perlu menjalani pembedahan untuk membuang tisu yang membiak akibat suntikan terbabit.

“Itu satu-satunya prosedur rawatan yang ada dan saya akur menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tisu yang membiak secara tidak normal,” katanya.

Katanya, prosedur rawatan itu menyakitkan, namun tiada pilihan lain dan akur saranan pakar perubatan.

“Kini, saya mengambil ubat tertentu bagi mengawal pembiakan tisu alat kelamin. Doktor memaklumkan pembedahan tidak dapat mengeluarkan 100 peratus tisu yang membiak.

“Hanya sebahagian boleh dikeluarkan dan ubat yang diambil bertujuan mengawal pembiakan tisu itu untuk tempoh tertentu sehingga tempoh rangsangan suntikan itu berakhir,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Paderi Serah Diri Lepas Anak Angkat Dakwa Dicabul Selama 8 Tahun
Suami Tak Tahu Saya Jadi Gro, Kata Isteri Muda
Bomoh Ditumbuk Bapa Lepas Rawat Sambil Bogelkan Anaknya
Isteri Minta Cerai Lepas Suami Mahu Ganas Seperti Filem 50 Shades Of Grey
Gadis Spm Kini Trauma Lepas Terlanjur Dengan 5 Lelaki
Saya Tak Main Pun, Kata Pasangan Lepas Dicekup Di Ambang Merdeka
Datuk Dakwa Anak Gadisnya Terjebak Jadi Gro
Lelaki Nigeria Kempunan Mahu Rogol Wanita Uganda Lepas Polis Tiba-tiba Lalu
Ibu Hidap Kanser, Abang Ambil Kesempatan Perkosa Adik Sendiri
Liwat Di Ipoh: Kes Ditutup Lepas Suspek Mati Gantung Diri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 571
Zakar Jadi Tak Normal Lepas Ambil Suntikan
sukawg
98700
Forum Jump: