Zoo Negara Nafi Harimau Belang Mati Ditembak Seperti Diviralkan

Offline
10-01-2015, 01:26 PM,
#1
KUALA LUMPUR: Zoo Negara menafikan bahawa seekor harimau belang jantan di zoo berkenaan ditembak sehingga mati.


Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli berkata berita yang menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak patut dijadikan bahan jenaka. 

"Dengan penyebaran berita palsu yang tersebar luas bermula semalam, pihak kami telah dihujani pelbagai pertanyaan dan ketakutan dari pihak awam," katanya. 

Beliau berkata Zoo Negara sentiasa memastikan kawasan dan persekitaran zoo sentiasa dalam keadaan selamat untuk orang ramai berkunjung. 

Aplikasi itu menyebut kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi dan saksi di tempat kejadian mendakwa harimau berkenaan berkeliaran di kawasan zoo dalam keadaan lapar sebelum ia ditembak oleh polis. - BERNAMA/BH

Quote:PENGUMUMAN

Tn maklum kejadian di Zoo negara gombak kejadian pagi td jam 0930hrs..mengikut saksi dilokasi Seekor Harimau Belang jantan telah berjaya di tembak oleh polis ketika terlepas dr zoo negara dan berkeliaran di taman permainan kanak-kanak yang berhampiran.

Mujurlah tiada sesiapa yang tercedera semasa harimau belang tersebut merayau-rayau kelaparan mencari makanan di taman tersebut.

Punca kejadian masih disiasat oleh pihak zoo dan PDRM Terima Kasih.

resim


Possibly Related Threads...
Saya Sanggup Mati Lawan Sindiket Judi - Datuk Nadzim Ppim
Wanita China Menjerit-jerit Seperti Hilang Akal Lepas Telefon Jatuh Dalam Tasik
Anak Mati Dalam Pusat Serenti, Ibu Dapat Ganti Rugi Rm305,000
Viral Permainan Tekan Dada, Boleh Betul-betul Mati
Polis Pegang Tangan, Gadis Instagram Nafi Itu Dirinya
Ppim Nafi Lepaskan Doktor Gigi Palsu Nur Farahanis
Sado, Wartawan Yang Bekerja Tak Henti Sampai Mati
Budak Melecur Tomyam Tumpah, Pemilik Restoran Nafi Campak Duit Rm200
Seluar Pendek, Jheaik Pertahan Tindakan Beri Notis, Sengaja Diviralkan
Pm Najib Umum Wifi Percuma Seluruh Negara Hingga Akhir Tahun Ini



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 675
Zoo Negara Nafi Harimau Belang Mati Ditembak Seperti Diviralkan
sukawg
98643
Forum Jump: