'hanya Fikir Nak Selamatkan Anak'

Offline
12-18-2017, 08:03 PM,
#1
resim





“SAYA cuma fikir untuk selamatkan diri dan anak-anak selepas melihat arus deras bercampur lumpur mula menghakis tebing sungai sebelum meranapkan rumah kami,”

Demikian kata Ferding Asmawil, 51, yang kehilangan rumahnya di Kampung Pampang, Keningau, selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, 10 rumah penduduk kampung berkenaan hanyut selepas arus Sungai Pampang menjadi deras mendadak.

Menurut Ferding, kejadian itu sangat mengejutkan kerana hampir menyamai tragedi Ribut Tropika Greg yang berlaku di lokasi sama hampir 21 tahun yang mengorbankan banyak nyawa.

Katanya, selepas menyedari arus meruntuhkan hampir 50 meter tebing sungai, dia segera mengarahkan anak-anaknya berusia 1 tahun hingga 20 tahun keluar dari rumah dan naik ke bahagian bukit.

“Saya menjadi panik apabila menyedari seorang lagi anak perempuan saya tidak berada di sana. Saya terus berlari balik ke rumah sebelum menemuinya tidur di dalam bilik.

“Saya terus membawanya keluar ke tempat yang selamat. Selepas beberapa ketika rumah kami terus runtuh sebelum dihanyutkan arus deras,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia dan keluarga hanya mampu menyelamatkan beberapa barangan seperti pakaian serta kelengkapan rumah dan kini terpaksa menumpang di rumah jiran.

Possibly Related Threads...
Ibu Kenakan Sewa Rumah Pada Anak Baru Usia 5 Tahun
Di China, Ibu Heret Anak Degil Belakang Skuter
Panda Gergasi Liang Liang Lahirkan Anak, Nuan Nuan Dapat Adik
Suami Tak Tahan, Ceraikan Isteri Kerana Hanya Mandi Sekali Setahun
Anak Dilarang Ke Sekolah Kerana Ibu Ayah Tiada Sijil Nikah
Gempar Anak Lembu Tiada Hidung Di Changlun
Di Korea Selatan, Lesen Urut Hanya Untuk Golongan Buta, Kata Mahkamah
Viral Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Lalu Jambatan Usang Di Pahang
Wanita Kulit Hitam Sering Dipersoal Kerana Lahirkan Anak Kulit Putih
Ibu Bapa Diperdaya Pemilik Taska, Anak Masuk Januari Tapi Disember Kena Bayar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 34
'hanya Fikir Nak Selamatkan Anak'
Reez Ramsey
114494
Forum Jump: