'jangan Biar Umno Pilih Pm', Kata Hadi

Offline
05-19-2015, 06:15 PM,
#1
resim

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendiriannya bahawa nasib Datuk Seri Najib Tun Razak hanya boleh ditentukan dalam pilihan raya dan bukannya desakan pihak tertentu supaya meletakkan jawatan perdana menteri.

Beliau berkata, jawatan yang disandang Najib bukannya ditentukan oleh ahli parti dalam perhimpunan agung Umno, sebaliknya Ahli Parlimen Pekan itu dipilih oleh rakyat mengikut sistem demokrasi.

"Saya lebih suka demokrasi dihidupkan dengan sebenar. Sebab itu saya tidak suka Datuk Seri Najib diminta letak jawatan kerana kalau dia letak jawatan, itu hukum Umno, bukan hukum rakyat.

"Dia menang dalam pilihan raya, mengapa kita hendak serah balik kepada Umno, (mana boleh) biarkan Umno pilih perdana menteri, biar rakyat yang pilih," katanya pada forum Bicara Harakah di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib meletak jawatan ekoran pendedahan beberapa isu berkaitan kepimpinan beliau ketika ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata lagi, rakyat tidak seharusnya terikut-ikut dengan budaya dan amalan demokrasi Umno dalam menentukan pemimpin negara.

"Dengan sebab itu, demokrasi perlu dihidupkan dan kita tak mahu mengulangi senario lama, kalau pilih dari Umno, maka Umno akan pilih dari dia juga laa.

"Kalau kita (rakyat) pilih, kita boleh pilih ikut suka kita hendak pilih siapa, ini pendekatan saya," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marang itu juga berkata sudah sampai masanya rakyat dapat mengenali Pas dengan memberikan ruang yang seimbang dalam media arus perdana.

"Pas perlu diberi peluang melalui media arus perdana, supaya rakyat dapat mengenali apa dia Pas kerana kita mahu rakyat benar-benar menjadi hakim dan negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

"Rakyat jangan dirasuah, rakyat dibuka fikirannya, kerana perubahan berlaku dalam negara bila minda rakyat terbuka," katanya lagi.

Possibly Related Threads...
Jangan Bermain Permainan Yang Kabur Dengan Pas.
Tandas Mungkin Antara Sebab Speaker Mahu Letak Jawatan, Kata Bnbbc
Pas Marah Dap Tolak Hudud Sebab Ia Kehendak Allah, Kata Hadi
Hadi Tak Kisah Kalau Tak Tersenarai Dalam Kabinet Bayangan Pakatan
Anwar, Nik Aziz Setuju Kerajaan Perpaduan Tetapi Ditolak Bn, Kata Hadi
Buka Pekung Sendiri Jejaskan Imej Umno
‘batu Api’ Punca Dr Mahathir, Najib Terus Berperang, Kata Ketua Umno Cheras
Pandikar Sudah Letak Jawatan Speaker, Kata Dr Mahathir
Dr Mahathir Bertahan 22 Tahun Kerana Syarat Pemilihan Umno, Kata Najib
Saya Sedia Berdebat Dengan Najib, Kata Dr Mahathir



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 619
'jangan Biar Umno Pilih Pm', Kata Hadi
ringgit maker
95782
Forum Jump: