[taufan Sonamu] Alertt!!!

Offline
01-07-2013, 12:39 AM,
#1
[TAUFAN SONAMU]
ALERTT!!!
7-9 Januari dijangka ribut taufan melanda Terengganu. (kalu betul banjir hingga mencapai tingkt 1 HSNZ) nama ribut SONAMU. Ribut dijangka 150-170km/jam. MAJLIS KESELAMATAN NEGARA telah arah pindah pesakit. Sekarang ribut di Filipina/Vietnam. Kemungkinan besar esok pagi taufan tersebut akan sampai di pantai Terengganu, Pahang dan Kelantan terutama sekali di pantai Dungun.

resim

sumber :
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1328&Itemid=565&lang=malay
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1325&Itemid=564
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151232969316705&set=a.10150189480261705.305815.671456704&type=1&theater
http://media.penerangan.gov.my/e-press/cetak-sm.asp?data_dtl_oid=76895&data_type=Siaran+Media&state=WP+Kuala+Lumpur
http://www.trust.org/alertnet/news/tropical-storm-sonamu-is-forecast-to-strike-malaysia-at-about-0000-gmt-on-8-january/
http://dungun.net/2013/01/tropical-storm-sonamu-sudah-makin-dekat-dengan-terengganu/




Possibly Related Threads...
Kosdunia_2,300 Pelancong Dipindahkandi Taiwan Akibat Taufan Soulik
[hmetrodunia]_1,020 Korban Taufan Bopha
[hmetrodunia]_3 Lagi Nelayan Hanyut Selepas Dilanda Taufan Bopha Diselamat
[hmetrodunia]_mangsa Taufan Bopha Kebuluran Pecah Masuk Kedai
[hmetrodunia]_274 Korban Taufan Bopha
[bharianmutakhir]_mangsa Taufan Sandy Gembira Perarakan Hari Kesyukuran
[bhariandunia]_mangsa Taufan Sandy Hadapi Cuaca Sejuk
[bhariannasional]_bencana Taufan Sandy: Pelajar Berebut Beli Makanan
[hmetroonlineglobal]ny Siap Hadapi Taufan Sandy
Taufan Sandy Di Manhattan ..
Offline
01-07-2013, 12:47 AM, (This post was last modified: 01-07-2013, 12:50 AM by Geesya.)
#2
AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
Di Perairan Laut China Selatan

Dikeluarkan pada pukul 08:59PM, 06 Januari 2013

Kemaskini:
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.5 U dan Longitud 109.3 T, pada jam 8:00 malam 6 Januari 2013, kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat dengan perlahan.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Tioman & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore & Palawan dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) & Sulu dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dikemaskini pada 06 Januari 2013, jam 08:59PM

THIRD CATEGORY WARNING

WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS

in the South China Sea

Updated:
Tropical Storm (SONAMU) is located at Latitude 7.5 N and Longitude 109.3 E, at 8:00 pm, 6th January 2013, approximately 718 km Northeast of Dungun, Terengganu and moving Westwards slowly.

SECTION A: STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (THIRD CATEGORY) -Updated

Strong Northeasterly winds over 60 kmph with waves more than 4.5 metres occurring over the waters off Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan are expected to continue until Monday, 7th January 2013.

In addition, the coastal areas of Kelantan & Terengganu are vulnerable to sea level rise. This condition is expected to continue until Monday, 7th January 2013.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all coastal and shipping activities including workers on oil platform.

SECTION B: STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (SECOND CATEGORY)- Updated

Strong Northeasterly winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres occurring over the waters off Pahang, East Johore, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), FT Labuan, Sabah(Interior, West Coast & Kudat), Tioman & Reef South are expected to continue until Friday, 11th January 2013.

In addition, the coastal areas of Pahang & East Johore are vulnerable to sea level rise. This condition is expected to continue until Monday, 7th January 2013.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.

SECTION C: WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (FIRST CATEGORY)-Updated

Strong Northeasterly winds of 40-50 kmph with waves up to 3.5 metres occurring over the waters off Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu are expected to continue until Friday, 11th January 2013.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to small crafts, recreational sea activities and sea sports.

SECTION D: WIDESPREAD THUNDERSTORM WARNING-Updated

i) Thunderstorm activities occurring over waters off Condore & Palawan are expected to continue until evening, Sunday, 6th January 2013.

At the same time, strong winds over 60 kmph with waves more than 4.5 metres is dangerous to all coastal and shipping activities including workers on oil platform.

ii) Thunderstorm activities occurring over waters off Sabah (Kudat and West Coast) are expected to continue until evening, Sunday, 6th January 2013.

At the same time, strong winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.

iii) Thunderstorm activities occuring over waters off Sabah (Sandakan) & Sulu is expected to continue until evening, Sunday, 6th January 2013.

At the same time, strong winds of 40-50 kmph with waves up to 3.5 metres is dangerous to small crafts, recreational sea activities and sea sports.

Updated on 06 January 2013, at 08:59PM

Oleh: Jabatan Meteorologi Malaysia
(Bhg. Meteorologi Lautan dan Oseanografi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi



resim
Offline
01-07-2013, 12:50 AM,
#3
resim

sat nak p check gelakym
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Offline
01-07-2013, 11:02 PM,
#4
Taufan Sonamu dijangka oleh pengkaji cuaca akan sampai ke bahagian pantai timur khususnya Terangganu esok 8 Jan 2013 jam 6 pagi. Sama-sama berdoa agar ia adalah taufan yang TIDAK memudaratkan TETAPI mengingatkan kita semua agar bertaubat jika berdosa & memulangkan hak mereka dizalimi dengan segera. Banyakkan berdoa

اللهُمَّ إِنّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيْهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلْتَ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيْهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلْتَ بِهِ

Ertinya: Ya Allah aku bermohon kepadaMu kebaikannya (taufan & hujan lebat) dan yang baik dalamnya, dan kebaikanya dari apa yang dikau hantarkan dengannya, Aku berlindung dengan kekuasaanmu dari keburukannya dan keburukan yang ada dalamnya dan keburukan pada apa yang dikau hantarkannya. ( Hadis Sohih dari Riwayat Muslim doa khas untuk hadapi angin kencang)

http://www.trust.org/alertnet/news/tropical-storm-sonamu-is-forecast-to-strike-malaysia-at-about-0600-gmt-on-8-january/

http://www.facebook.com/pages/Zaharuddinnet/226669856575?ref=stream
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Away
01-07-2013, 11:29 PM,
#5
(01-07-2013, 12:50 AM)astrowan Wrote: resim

sat nak p check gelakym

Ini bomoh bola laa..bukan bomoh taufan .... gelakym
Offline
01-08-2013, 09:04 AM,
#6
DARIPADA: PUSAT RAMALAN CUACA,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH: 08 Januari 2013
Our Ref: JMM.RML06/599/46/ Jld22 (78)


Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 05:58AM 08 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 5:00 pagi, 8 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 6.1 Utara; Longitud 108.0 Timur; kira-kira 545 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat-Barat Daya dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 529 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.
Offline
01-08-2013, 02:03 PM,
#7
DARIPADA: PUSAT RAMALAN CUACA,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH: 08 Januari 2013
Our Ref: JMM.RML06/599/46/ Jld22 (79)


Nasihat Lekukan Tropika
Di keluarkan pada 08:57AM 08 Januari 2013
Peringkat : Lekukan Tropika

Masa Pencerapan : 8:00 pagi, 8 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 6.0 Utara; Longitud 108.0 Timur; kira-kira 555 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Hampir pegun.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 526 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 6 <<>> Dilihat: 4658
[taufan Sonamu] Alertt!!!
Geesya
65689
Forum Jump: